eKelas Live Tutorial (Matematik & Sains)

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2019, sesi live tutorial bersama eKelas berlangsung seperti biasa untuk subjek Matematik dan Sains. Seorang pelajar Tahun 6 iaitu adik Adreen telah menyertai sesi eKelas kali ini. Sesi ini telah diadakan pada jam 10.20 pagi hingga 12.30 tengah hari yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak.

Berdasarkan jadual yang telah diedarkan oleh pihak Maxis sebelum ini, minggu ke-10 adalah merupakan minggu ulangkaji. Bagi subjek Matematik dan Sains, pelajar Tahun 6 telah mengulangkaji topik pecahan, planet-planet dan sistem suria. Pelajar diberikan tugasan mudah berkaitan topik yang dipelajari untuk menguji kefahaman mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali